Saturday, September 22, 2007

Sajak: Diam

Diam aku bukan beerti tidak tahu
Diam aku bukan beerti kurang pasti
Diam aku bukan beerti lemah diri
Diam aku bukan beerti tidak berfikir

Diamnya aku mempunyai isi
Diamnya aku mencari idea sendiri
Diamnya aku memikirkan apa yang terjadi
Diamnya aku mencari identiti sendiri
Diamnya aku mencari jati diri
Diamnya aku mencari sesuatu

Ingin aku mencungkil rahsia diri sendiri
Ingin aku menjadi seorang insan yang mulia disisiNya
Ingin aku menjadi seorang muslimah yang sejati
Ingin aku menadi seorang yang berhati luhur
Demi mendapatkan rahmat dan hidayah dari Illahi selalu.

Nazariah Nasir
10hb Mac 2007

Friday, September 14, 2007

Sajak: Bahtera Ramadhan

Bahtera Ramadhan,
Berlabuh di bulan yang mulia
Bulan suci dan diberkati
Untuk beribadah sepanjang hari

Bahtera Ramadhan,
Di mana letaknya keihlasan diri?
Di mana letaknya kebersihan jiwa yang murni?
Bagaikan anak kecil yang baru lahir
Mencari ketenangan yang abadi

Bahtera Ramadhan,
Aku mendambakan kerinduan di hati ini
Aku ingin sekali bersujud kepadaMu Illahi
Berilah aku hidayah dan rahmatMu
Agar aku mendapat ketenangan diri

Bahtera Ramadhan,
Hadirmu hanya sebulan dalam setahun
Namun aku sering menantikan ketibaanmu
Dengan kesabaran dan ketaqwaan
Aku berdoa semoga bahtera Ramadhan
Sentiasa berlabuh di qalbuku ini............

Nazariah Nasir,
14hb September 2007

Tuesday, September 4, 2007

Sajak: Siapa Diri Ini?

Sajak: Siapa Diri Ini?

Siapa diri ini?
Yang bertanya pada dirinya sndiri
Yang sering mencari identitinya sendiri

Siapa diri ini?
Yang mendambakan ketenangan yang abadi
Yang sering bermunajat kepada Illahi
Yang bersujud di sejadah setiap hari

Siapa diri ini?
Yang hanya seorang insan yang lemah dan tak bermaya
Yang ingin menyucikan sanubari di hati ini
Yang berharap agar dapat diberi kekuatan dan keimanan yang teguh

Siapa diri ini?
Yang masih mencari di mana letaknya harga diri
Yang masih terkapai mencari jalan yang lurus
Yang masih menagih simpati dari yang sudi memberi
Yang sentiasa berdoa agar diberi hidayah dan rahmat dariMu Illahi.

Nazariah Nasir
20hb.Februari 2007

Sunday, September 2, 2007

Sajak : Guru

Sajak: Guru (Khas ditujukan kpd rakan-rakan seperjuanganku sempena Hari Guru)

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti

Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya

Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...

Nazariah Nasir,
1hb.September 2007