SAJAK: Kelantan Dan Terengganu
(Ditujukan khas buat rakan-rakan yang mengikuti program W3-MLTIP 2008)
Kelantan namamu sehebat Terengganu
Keduanya begitu istimewa
Kenangan manis sukar dilupakan
Akanku ingati di minda ini
Betapa kayanya Kelantan dengan budaya serta adat resam tersendiri
Yang disanjung tinggi
Terengganu indah dan permai
Pasirnya memutih bak salju di pagi hari
Tersergam indah pantai yang luas terbentang
Nikmatnya apabila berada di persisiran pantai Terengganu
Pasti tak akan luput diingatanku
Kerana di sini aku berkenalan dengan sejarah Kelantan dan Terengganu
Kerana di sini juga aku mengenali rakan-rakan yang dahagakan ilmu
Bersama-sama berjuang untuk menjadi guru yang berdedikasi
Untuk menjadi arif budiman perlu menceduk seberapa banyak pengetahuan
Begitu kerdilnya aku kerana baru kusedari tradisi Kelantan dan Terengganu
Begitu indah sekali
Banyak makanan tradisi yang tidak pernah kutemui
Hanya di Kelantan dan Terengganu baru kukenali
Inilah nikmat yang aku mensyukuri
Betapa besarnya keagungan Illahi
Terbuka mata dan minda untuk kembali
Ke destinasi Kelantan dan Terengganu
Yang bersejarah dan kaya dengan adat tradisi yang dijunjung tinggi.
Nazariah Nasir,
1hb September 2008
Bersamaan dengan 1 Ramadhan 2008
Monday, September 1, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)